Monday, March 29, 2010

KHEMAH IBADAT 2010

PORGRAM : KHEMAH IBADAT SMACH 2010

TEMPAT :DEWAN TERBUKA

TARIKH: 24 - 26/3/2010

ANJURAN : BADAN DAHWAH & ROHANI SMACH

PERASMIAN OLEH : TN. HJ. SAHIFUL BAHARI B. AB. RAHMAN



OBJEKTIF :

1. MEMBANGUNKAN SAHSIAH TERPUJI / AKHLAK MULIA PARA PELAJAR

2. RAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PELAJAR ( UKHWAH )

3. LATIHAN KEPIMPINAN MASA DEPAN

4. LAHIR PELAJAR BERDIKARI, KETAHANAN DIRI DAN DISIPLIN DIRI

5. PUPUK IQ, EQ DAN SQ PARA PELAJAR


Sunday, March 14, 2010

KOT SMSTMFP



Pengetua menghadiri program Kejohanan Olahraga Tahunan di Sek.Men.Sains.Tengku Mohd. Faris Petra KB.

KEPUTUSAN SPM 2009





INFO KEPUTUSAN SPM 2009:

SPM 2008 - GPS 2.27
SPM 2009 - GPS 1.55

* Pecah rekod -Terbaik dalam sejarah SMACH
* Tempat ke-2 Negeri Kelantan
* Pelajar terbaik : Alif Fitri mendapat 9A+ & 1A

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA.

Thursday, March 11, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

TEMPAT : Padang SMACH

TARIKH: 10.03.2010


Tuesday, March 9, 2010

MESYUARAT JK PKPSMK



Mesyuarat JK PKPSMK

TEMPAT : SMK Dato Ahmad Maher, KB

MASA :9.00 pagi, 7.3.10



1.Ucapan Pengerusi-YAB Tn Hj Mohd Ghazali Abd Rahman, Pengarah JPN

TQ atas kerja buat bagi mencemerlangkan pendidikan Kelantan
Tugas JPN bukan hendak cari salah tetapi bersifat membantu kpd sekolah-bentuk JK utk melahirkan modal insan yg hebat pd masa akan dtg
Selama ini semua sekolah yg membantu meningkatkan kcemerlangan pendidikan JPN
Terdapat seramai 157 pengetua di Kel termasuk - 20 SKBK di Kelantan
Harap PKPSM di Kelantan buat yg terbaik krna ini bentuk permuafakatan di Kelantan
Persidangan ini akan menentukan imej JPN Kelantan
Semua pengetua bersama gerak kerja membina kecemerlangan anak bangsa di Kelantan
Mengharapkan dan memungkinkan pelaksanaan yg terbaik
JPN akan berasa kehilangan- thn ini Hj W. Mansor,Hj,Hamdi, Hj Ashari,Hj Adnan akan bersara.
JPN akn memberi bantuan sepenuhnya bagi menjayakan persidangan ini.


2.Ucapan Ybrs Hj W Mansor ,YDP PKPSM Kelantan

Maklumkan tarikh persidangan PKPSM pada 22-24.6.2010-Perbelanjaan ditanggung oleh PKPSM negeri masing2.Peserta seramai 545 maksimum 600 orang
Hari pertama -22.6.10 check in mlm tu dinner-disponsor YB Dato Pa. Hari kedua-23 Perasmian dan utk forum-Pengerusi Dr Agus, Dato Norizan Bapoo Hashim,Dr W Zahid, NC UMK dan Profesional slot -Dato HamadKama Piah, PNB
Hari 24 Mesyuarat Agung PKPSM - YAB MP akan merasmikan-Majlis Penutup-YB Dato Pa
Bayaran hotel RM 360 dan bayaran-pendaftaran RM200.
JPN, BTPN,PPD akan memberi bantuan.



En Saiful Bahari Md Tauhid, Pegawai KPPM

3.1 TQ dan tahniah-adakan bertemu pada pagi yg ptg dpt sokongan dan restu drp Pengarah JPN- Ini menunjukkan ukuran jelas ke arah kejayaan- sbg petunjuk awal.

Beban kpd Pengetua yg akan bersara-Kel pernah jadi tuan rumah 14 thn dulu- ini merupakan satu sumbangan besar, memori yg bermakna sebelum Pengetua bersara.
Pandangan org lain-PKPSM Kelantan menjadi benchmark kpd negeri lain spt ada bangunan,dan dana RM1.3 juta.Dia mempunyai pengalaman 10 thn bersama PKPSM. Di Kelantan- permuafakatan sangat baik. Ada yg menerbitkan buku jejak warisan.
Hubungan erat dgn JPN Kelantan sgt ptg utk mendapat sokongan-ini cabaran yg paling besar kini-masalah peruntukan.
Selama ini KPM menjana dr segi kewangan,iaitu mereka dapat ilmu,erat silaturrahim, kini sudah berubah tidak semua peserta dapat percuma.Lebih ptg tanggungjawab sbg pengetua.

Baiah pengetua utk meningkatkan prestasi sek sgt penting
Perjalanan bas oleh sekolah/JPN
Kos penginapan-sebahagian pengetua, sebahagian tabung PKPSM negeri masing2.
Impak kpd peserta sgt ptg krna yg hadir VIP MP ialah TPM
Hanya di Malaysia MP ialah Timbalan PM.
Biasanya kehadiran MP-ini memberi implikasi sgt besar. Kehadiran MP mempunyai serampang dua mata.

3.13 Forum-Dato Norizan Bapoo- emosi yg tinggi- Dr Agus-pdgn 2 sudut-pengerusi UITM.Ramai tokoh korporat dr Kelantan. Byk input cara pemikiran baru dr segi pengurusan.
3.14 Tahun ini tahun pemilihan PKPSM- & byk isu berbangkit, terutama-SBT kenapa 20 buah sek shj, & sek tertentu tidak dapat.
3.15 Perlu ada sharing dlm kalangan pengetua dr segi pengurusan sekolah- dalam ½ jam resepi kejayaan sek2 yg dikatakan hebat.
3.16.Penutup- Dato Mustapha Mohd, org luar Kelantan-belum pernah dengar input drp menteri


5. Y Bhg Dato Azam Md Atan YDP PKPSM

TQ atas sokongan JPN
Satu nostalgia semua pengetua dtg masa mesyuarat di Kelantan.Tahniah kr menerima & sanggup menjadi tuan rumah
Selalu teringat akan layanan orang Kelantan sgt mesra & menghargai tetamu- jadi kita terbalas budi.Ada negeri tertentu yg tidak hormat tetamu mereka.
Kehebatan PKPSM Kel dananya melebihi PKPSM peringkat Kebangsaan.
Tiada peruntukan jangan menjadi penghalang utk kita buat program.
Perasmian-VIP yg kita jemput sukar utk hadir-biasa yg datang Timbalan MP
Thn ini Kelantan tuan rumah- jaga keselamatan jgn cuba pergi ke seberang.
Moga persidangan berjalan dgn lancar.


6.Hj Hamdi membentangkan JK Kerja PKPSM
7 Hj .W Mansor- dptkn sumbgan asrama ,kantin, syarikat yg berus niaga dgn sek.
8.Hjh Fauziah- batek yg dicadangkan batek satu Malaysia
9.KJ mesyuarat JK keci PKPSM- boleh dibuat di sek..



Catatan oleh,

Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua SMS Machang.

BERSAMA PENGARAH





Tn.Hj.Sahiful Bahari bin Ab.Rahman bergambar kenangan
bersama Pengarah JPN Kelantan

Mesyuarat HKSBP

Mesyuarat HKSBP dengan Tn.Hj.Kholil Mohd ( Ketua Sektor Kepimpinan & Pembangunan Kemanusiaan ( BPSBPSK KPM )

TEMPAT : SM Sains Pasir Puteh

Tarikh : 5.3.2010







ASRAMA TERBUKA

ASRAMA TERBUKA

26.FEB.2010

Monday, March 8, 2010

ADAB BERKEMPEN

BERKATA BAIK TANDA ORANG BERIMAN


Dalam ceramah atau syarahan di khalayak, pelbagai isu telah dikemukakan kepada orang ramai.Hujahan berbentuk retorik telah dilontarkan untuk menarik perhatian audien. Isu-isu sensitif dan panas menjadi bahan dan tajuk ceramah. Pelbagai wacana telah dihamburkan untuk menyedapkan halwa telinga.Si pendengar dan penonton setia akan menyambut dengan gema sorakan dan laungan takbir,apatalahlagi jika isu itu dikatakan “jejak angin”dengan mereka.
Semuanya mengharapkan pendengar mempercayai atau menyakini isu yang diperkatakan. Apa yang mendukacitakan timbul isu mengumpat, mengutuk,dan memaki pihak lawan yang menjadi menyedap halwa telinga. Akhirnya, perkara-perkara yang ditegah oleh agama menjadi kebiasaan.
Apabila kita bertelagah ,masing-masing cuba menegakkan kebenaran,mari kita meneliti dan merenung beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menjadi panduan orang-orang beriman. Pegangan Al-Quran dan Sunnah yang sungguh-sungguh –kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya(maksud hadis).

“Wahai-wahai orang-orang yang beriman,taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah(Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya-jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian itu adalah lebih baik(bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”An-Nisa:59

“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain.(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka: dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain:dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) maka,amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang)sesudah dia beriman.Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat(daripada perbuatan fasiknya)maka merekalah orang –orang yang zalim.”Al-Hujurat:11

Dalam ayat ini , Allah menjelaskan seseorang menjadi fasik dan zalim jika memperlekeh ,menghina, mendedahkan keaiban dan mulut celupar ke atas puak atau orang lain.


Allah melarang orang-orang yang suka mencerca walaupun ke atas orang-orang musyrik sekalipun apatah lagi ke atas orang Islam yang lain.

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”Al-An’aam:108

Usahkan maki hamun,mengumpat,mencari kesalahan orang-menyangka buruk pun Allah melarangnya. Sesiapa yang mengetahui hakikat kejadian manusia,dan benar-benar mengenali zat Allah tentulah dia tidak tergamak untuk menyangka buruk kepada sesama manusia apatah lagi saudara seagama.Sebenarnya manusia ialah sebaik-baik kejadian sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran.

“Wahai orang-orang beriman!Jauhilah kebanyakan dari menyangka buruk kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang: dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah: sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihi. Al-Hujurat:12

Walaupun ada pendapat yang membenarkan mengumpat,cuma dalam keadaan darurat seperti untuk mencari jodoh, maklum kepada pihak polis, dan di mahkamah. Keadaan yang diharuskan mengumpat hanya kepada pihak-pihak berwajib, ada akautabili,yang didaftarkan secara sah mengikut undang-undang.,bukannya “ditelanjangi” keaiban orang atau dijaja merata-rata di pentas khalayak, dalam blog internet, dan ICT agar semua dunia mengetahui “tanpa seurat benang” perihal si pulan bin si pulan.

“Dan janganlah engkau(berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina(pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan(untuk memecahbelahkan orang ramai) Yang sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang sangat berdosa.” Al-Qalam:10-12


“Katakanlah; Wahai Ahli Kitab! Jangan kamu melampau-lampau dalam agama kamu dengan cara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kamu yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga(sekarang) mereka telah tersesat(jauh) dari jalan yang betul”
Al-Maidah:77

Yang menjadi masalah orang-orang melakukan salah laku ini orang yang pandai dalam ilmu agama. Sesetengah pihak bukan calang-calang orang yang bergelar ulamak dan tuan guru.Apabila mereka menggunakan hujah kononnya nas Al-Quran, hadis, kitab-kitab tertentu, maka sudah tentu orang akan percaya, apa tah kepada pengikut yang jahil dan hanya menjadi pak turut dalam agama.

Kefahaman inilah perlu dinilai,dikaji,dan dihayati oleh ahli masyarakat,janganlah menjadi pengikut yang membabi buta. Mereka menerima sahaja didikan,hukum-hukum berdasarkan -pendapat pendita-pendita(ulamak,Tok Guru) yang tidak berasal dari agama.Sebagaimana disebut oleh Allah, yang bermaksud,

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah dan juga(mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa:tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. AtTaubah:31

Marilah sama-sama kita menghayati apa yang dijelaskan oleh Al-Quran-mukjizat yang agung,
Kitab yang hidup hingga akhir zaman.Kita boleh mengambil banyak pengajaran daripadanya. Ramai pengkaji Al-Quran apabila Allah mendedahkan bagaimana sikap angkuh, ingkar dan buruk Firaun dan kuncu-kuncunya, kita merasakan kemurkaan Allah kepada Firaun semata-mata dan tidak berkaitan dengan kita. Tetapi, kita lupa sifat-sifat Firaun yang sombong kerana banyak ilmu, angkuh, degil, tidak mempercayai kebenaran sebenarnya terdapat dalam diri kita.

Sebenarnya, jika kita benar-benar orang beriman kepada Allah, semakin banyak ilmu di dada semakin tunduk, tawaduk, dan rendah diri kita kepada orang lain,ibarat resmi padi semakin berisi semakin tunduk.
Sebaliknya orang-orang yang beriman kepada syaitan, semakin banyak ilmu semakin bongkak, takbur,dan sombong. Dia merasakan dia seorang sahaja yang cerdik atau alim, orang lain semua bodoh atau jahil belaka .


‘Dan janganlah engkau memalingkan mukamu(kerana memandang rendah)kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong ,sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Luqman:18






Sabda Nabi s.a.w, “Tahukah kamu apa erti muflis? Jawab para sahabat, muflis menurut kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai harta. Sabda Rasulullah s.a.w, Muflis daripada umatku akan datang kelak pada hari kiamat membawa solat, puasa, dan zakat; dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, dia pernah menuduh-nuduh orang, dia pernah memakan harta orang, dia pernah membunuh orang dan dia pernah memukul orang, maka pahala kebaikannya diberikan kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum terbayar lunas kepada orangg-orang dizaliminya, maka dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke neraka.”( Riwayat Sahih Muslim)

Jadi, berhati-hatilah agar kita tidak menjadi muflis pada hari akhirat nanti.Sayang sekali ya, beramal kebaikan di dunia bertimbun-timbun pahala, tetapi kerana kita ada kepentingan tertentu bila di akhirat nanti semua menjadi ibarat fatamorgana-sia-sia segala amalan.

“Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit: sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik)itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.”An-Nahli:95


“Dan katakanlah(Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku(yang beriman) supaya mereka berkata-kata yang amat baik(kepada orang-orang yang menentang kebenaran): sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka( yang mukmin dan yang menentang): sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang amat nyata bagi manusia.” Al-Isra’:53

Ayat ini, Allah menyuruh orang-orang beriman supaya sentiasa menggunakan kata-kata yang baik dan lemah-lembut orang-orang lain, sama ada mereka orang kafir, musuh atau sesiapa sahaja. Hal ini demikian kerana kata-kata kasar dan menyinggung itu akan menimbulkan permusuhan sesama manusia. Tambahan pula, Syaitan sentiasa menghasut dan menyalakan api permusuhan. Oleh itu, kenal pasti musuh yang sebenar yang amat berbahaya itu.

”Janganlah kamu menjadi seperti golongan orang musyrik,iaitu orang –orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya(dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)” Ar-Rum:32

Jadi, sebagai saudara seagama marilah kita mencari titik-titik persamaan ,bukannya mencari jalan yang mengakibatkan kita berpecah-belah. ”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan,lalu Allah menyatukan di antara hati kamu,maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” Ali-Imran:103.
Sebenarnya, tangan-tangan ngaib sedang memerhati supaya kita bertelagah sasama sendiri. Yang menang ialah musuh-musuh yang cemburu melihat keadaan negara Malaysia yang aman,stabil, dan harmoni walaupun terdiri daripada negara berbilang kaum. Inilah kehebatan negara yang tidak ada pada negara lain.
Lupakah kita melihat keadaan negara-negara Islam yang lain, seperti Palestin,Iraq, Afghanistan, dan Pakistan. Nama sahaja negara Islam, tetapi pemimpin-pemimpin mereka mengikut telunjuk kuasa-kuasa asing.Mereka bertelagah sesama sendiri. Rakyatnya, saudara seagama sanggup berbunuhan sesama sendiri.Yang bergembira dengan keadaan itu ialah musuh-musuh kita..Negara hancur, ekonomi lumpuh,rakyat hidup melarat dan menjadi pelarian.Untuk membina negara mengambil masa ratusan tahun,tetapi untuk memusnahkannya hanya sekelip mata. Marilah sama-sama kita menghayati ajaran Al-Quran dan assunah jika benar-benar kita orang-orang yang beriman.


DISEDIAKAN OLEH :

SAHIFUL BAHARI ABD RAHMAN
PENGETUA KANAN
SMACH,MACHANG
KELANTAN
ISNIN, 8 MARCH, 2010

Wednesday, March 3, 2010

Selamat Hari Jadi

Sambutan hari jadi pengetua

TEMPAT : Dewan Wawasan SMACH

TARIKH : 17. Jan 2010

Seluruh warga SMACH mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada Tn. Pengetua (Tn.Hj. Sahiful bahari bin Ab. Rahman )

Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat selalu dan selamat sejahtera. amin


Kursus Post Graduate of Educational Leadership & Management

Pengetua SMACH mengikuti kursus Post Graduate of Educational leadership and management

TEMPAT : King College London

Tarikh : 17 May - 11 July 2009


Monday, March 1, 2010

AMANAT KPPM



Amanat Yang Berbahagia TS Dato Alimudin Md Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.



PADA : 10.00 mlm 23 Februari 2010


TEMPAT : Sekolah Alam Shah, Putrajaya.

Majlis Perjumpaan dgn Pengetua SBP & SBT.


Nota catatan ucapan


1.Beliau berasa sangat teruja berjumpa dgn Pengetua SBP dan SBT
Menjelaskan menjadi pengetua di SBP sangat besar cabarannya kerana dia perlu menjaga sekolah 24 jam.Menceritakan pengalaman beliau sbg pengetua di SBP.


2.Beliau memasuki 2 kelas sehari utk mencerap- masuk kelas turunkan diri sbg pelajar- beliau memantau p&p guru, iaitu kaedah, bahan, konsep yg diguna pakai oleh oleh guru.Pengalaman ini digunakan & dijadikan asas utk membimbing guru2.


3.Guru2 baru perlu bimbingan kerana guru2 yg bagus sentiasa bersedia utk dicerap.


4..Beliau makan tengah hari di dewan makan utk melihat kualiti makanan.Jika pengetua mkn byk, ini menunjukkan kualiti makann bagus jika dia makan sikit, menunjukkan kualiti makanan kurang.


5. Waktu petang-pengetua perlu ada di padang-hobinya joging utk menjaga kesihatan


6.Pelajar ingin melihat pengetua berminat dgn aktiviti sukan-jika pengetua aktif-mereka akan aktif
jika pengetua slow mereka pun lebih-lebih lagi menjadi slow.Pengetua perlu memberi dorongan & motivasi utk pelajar bergiat dlm aktiviti sukan & permainan.


7.Sebelah malam pula beliau juga berada di asrama. Hal yang demikian kerana pelajar sbp akan bertukar perwatakannya, kehidupan mereka selepas 11.00 mlm mula bertukar. Mereka mula menunjukkan taring, contohnya berlaku kes buli. Sikap beliau sangat pantang bila pelajar memukul pelajar lain.Jika berlaku tindakan keras akan diambil.


8.Ada kes pelajar T5 memukul T1 dia memukul utk memalukan bapanya.Kita perlu peka isu yg di luar jangkaan kita..


9..Jika ada masalah disiplin, biasanya disebabkan faktor keluarga.


10.Pihak ibu bapa perlu dimaklumkan bila berlaku masalah keluarga, tolong jangan melibatkan anak2 mereka. Masalah keluarga boleh menjejaskan pelajaran anak2 mereka. Masalah keluarga perlu diketahui oleh pengetua utk membetulkan keadaan.


11.Pengetua juga perlu meronda sampai jam 3 pagi.


12.Utk meningkatkan mutu pendidikan- inisiatif di peringkat antarabangsa perlu dibuat.Hal ini demikian kerana utk mencapai ciri2 sekolah cemerlang, usaha2 pengantarabangsaan sangat penting. Sekolah perlu ada hubungan dgn negara luar spt Singapura, N.Thai, Indonesia dll


13.Dlm era globalisasi, sekolah perlu ada hubungan melalui internet-emel-blog-facebook dll.


14 .Ada juga negara luar ingin berhubung dgn negara kita.Sekolah mereka bagus2 dan terkenal, mereka ingin mencari rakan kongsi utk share.


15. SBP perlu terlibat dlm pertandingan spt olimpiad,debat,menulis esei,menunjukkan sbp & SBT tidak sama dgn sek harian. Mereka perlu kedepan dlm semua aspek.


16.Untuk mencapai negara maju-pelajar perlu dipupuk dan dijana ilmu pengetahuan,kemahiran,kepakaran, literasi, persekitaran yg kondusif dll.


17.Mencapai pelajar holistik,iaitu content knowledge, contohnya pengetahuan Fizik pelajar mesti tinggi, ini dinilai melalui ujian/ peperiksaan.


18.Di samping kemahiran khusus(specific knowledge), pelajar perlu diasuh tentang pengetahuan lain seperti sejarah, politik, ekonomi, biodata pemimpin negara.


19.Kita tidak mahu belajar hanya bijak dlm matematik tetapi bila ditanya ttg sejarah mereka tidak tahu, jadi aktiviti seperti kuiz, menulis esei, debat, publis speaking dll perlu digalakkan.


20 Pelajar2 perlu dilatih kemahiran komunikasi, bina team work, bekerjasama melalui sukan permainan, seperti -bolasepak, hoki, netball dll. Semua kegiatan kokurikulum ada falsafahnya, iaitu ketahanan diri, nilai ketabahan, kecekalan,dll Contohnya, perlawanan bolasepak utk menang kita mesti menyerang dan score goal. Tindakan ini boleh menajamkan pemikiran pelajar.


21.Hasrat MP untuk memperkasakan kokurikulum di sekolah.


22. Peranan pengetua menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah.
Peranan pengetua melaksanakan tugas dgn penuh tanggung jawab dan penuh integriti- jangan anggap tugas kita sebagai satu bebanan
Pihak KPM melantik pengetua dlm gred tertentu. Ini bermakna tanggungjawab dan amanah kita perlu digalas. Semasa kita menjadi pengetua, segala pelaksanaan program sekolah kita buat yg terbaik dan cemerlang.


25..Pengetua perlu tunjukkan model,dsegi ketepatan masa,iaitu org pertama sampai ke sekolah & org terakhir pulang.


26..Pengetua perlu menjaga penampilan diri, seperti rambut, kasut, berpakaian, pakai kereta dll walaupun kita nampak kecil tetapi maknanya amat besar.


27.Jaga hubungan kita dgn guru dari segi tutur kata, dan gurauan senda perlu dijaga sebab -org bawahan sentiasa memerhati gelagat kita. Jgn membiarkan org pandang rendah kpd kita.


28 Pemimpin sekolah sangat perlu menjaga kesihataan-kita perlu check 6 bulan sekali( blood pressure kdgn gula,jantung, kolesterol dll).Kita jangan sayang membayar RM350 (klinik swasta)utk check masalah kesihatan tetapi kita sanggup repair kereta habis ribuan ringgit.Pengetua perlu stamina dan sihat utk memantau sekolah.


29..Pengetua perlu berfikir di luar kotak- berfikir berlainan drp org lain-


30.Perhubungan dgn komuniti sangat penting-utk meningkatkan prestasi sek. Kita boleh bekerjasama dgn agensi kesihatan, polis, NGO dll Ada pihak swasta-yg ada social responsibility.Kita boleh menggunakan kemudahn drp pihak swasta utk memberi bantuan dr segi kewangan.


31.Hubungan dgn universiti perlu ditingkatkan. Ini memberi motivasi kpd pelajar berkenaan jika program lawatan ke universiti diadakan.


32.Dasar pintu terbuka perlu dibuat kpd ibu bapa-jgn sekali tutup pagar & kunci pintu kpd org luar-ibu bapa boleh membantu krn ada dlm kalangan mereka bekerja sbg- engineer, lawyer, hakimdll kita boleh memanfaatkan mereka utk membantu sekolah.


33.Sekolah perlu ada etos (berwatak).Contohnya VI berjaya melahirkan pelajar yg berjaya, ada pasukan pancaragam sekolah telah menjuarai di peringkat dunia.SM Convent-Apabila kita baru parking kereta, ada pelajar terus dtg bertanya, boleh saya bantu, saya boleh bawa tuan ke pejabat dll. Banyak pelajar yg tidak menghormati tetamu, berat mulut,berat utk memberi senyuman,dll kita perlu buat sesuatu.


34.Kita perlu menitikberatkan student outcome ,iaitu,keberhasilan pelajar-pastikan student outcome yg dihasilkan berkualiti.Tanggungjawab kita utk melahirkan pelajar yg hebat dlm semua aspek.

35.Saranan MP utk melahirkan- negara maju yg berstatus high income nation- ciri terpenting perkara sgt penting-kreativiti & inovasi dlm bidang akademik dan kokurikulum sentiasa berfikir perkara baru.


36. Aktiviti sukan dan kokurikulum- perlu diaktifkan di semua peringkat daerah, negeri,negara.Aktiviti sukan tidak dilonggokkan pd awal tahun.Aktiviti sukan perlu dibuat selepas bulan Jun -utk melahirkan pelajar cerdas dan cergas. Aktiviti sukan mesti dibuat lepas bulan Jun.


37.MP mencadangkan KOT disambut dgn meriah dan panggil ibu bapa
38.Semua sekolah perlu menubuhkan kelab2 sukan Ini akan melibatkan lebih ramai ahli contohnya, ada pasukan sorak, ibu bapa juga boleh melibatkan diri dan merentas desa dihidupkan balik

39.Sekolah bertaraf HPS-mereka boleh mengimport juru latih luar utk meningkatkan prestasi sekolah, terutama dlm aspek kebitaraan.


40.Amalkan holistic approach dlm pentadbiran-utk memajukan sek kita perlu melibatkan semua org. Mereka akan memberi sokongan & menguatkan kita.Kita jangan bergaduh dgn PK2.Cari jalan bagaimana kita hendak menawan hati PK2 kita.Jika semua bersatu kita menjadi kuat.Jika kita berpecah kita akan lemah.


41.Harapan KPM moga usaha gigih kita menjadi realiti utk menjana negara melahirkan pelajar bersifat holistik. Terdapat 10,000 buah di negara ini sek tuan puan dipilih antara sekolah yg terbaik. Semua bergtg kpd peranan pengetua. Kita perlu bekerja keras utk mencapai matlamat kita.Pihak kerajaan sangat berbangga dgn tuan2 dan puan2.
Wassalam.




Selamat maju jaya


Disediakan oleh
Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua SMS Machang. 4.00 ptg 24.2.2010