Monday, March 1, 2010

AMANAT KPPM



Amanat Yang Berbahagia TS Dato Alimudin Md Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.



PADA : 10.00 mlm 23 Februari 2010


TEMPAT : Sekolah Alam Shah, Putrajaya.

Majlis Perjumpaan dgn Pengetua SBP & SBT.


Nota catatan ucapan


1.Beliau berasa sangat teruja berjumpa dgn Pengetua SBP dan SBT
Menjelaskan menjadi pengetua di SBP sangat besar cabarannya kerana dia perlu menjaga sekolah 24 jam.Menceritakan pengalaman beliau sbg pengetua di SBP.


2.Beliau memasuki 2 kelas sehari utk mencerap- masuk kelas turunkan diri sbg pelajar- beliau memantau p&p guru, iaitu kaedah, bahan, konsep yg diguna pakai oleh oleh guru.Pengalaman ini digunakan & dijadikan asas utk membimbing guru2.


3.Guru2 baru perlu bimbingan kerana guru2 yg bagus sentiasa bersedia utk dicerap.


4..Beliau makan tengah hari di dewan makan utk melihat kualiti makanan.Jika pengetua mkn byk, ini menunjukkan kualiti makann bagus jika dia makan sikit, menunjukkan kualiti makanan kurang.


5. Waktu petang-pengetua perlu ada di padang-hobinya joging utk menjaga kesihatan


6.Pelajar ingin melihat pengetua berminat dgn aktiviti sukan-jika pengetua aktif-mereka akan aktif
jika pengetua slow mereka pun lebih-lebih lagi menjadi slow.Pengetua perlu memberi dorongan & motivasi utk pelajar bergiat dlm aktiviti sukan & permainan.


7.Sebelah malam pula beliau juga berada di asrama. Hal yang demikian kerana pelajar sbp akan bertukar perwatakannya, kehidupan mereka selepas 11.00 mlm mula bertukar. Mereka mula menunjukkan taring, contohnya berlaku kes buli. Sikap beliau sangat pantang bila pelajar memukul pelajar lain.Jika berlaku tindakan keras akan diambil.


8.Ada kes pelajar T5 memukul T1 dia memukul utk memalukan bapanya.Kita perlu peka isu yg di luar jangkaan kita..


9..Jika ada masalah disiplin, biasanya disebabkan faktor keluarga.


10.Pihak ibu bapa perlu dimaklumkan bila berlaku masalah keluarga, tolong jangan melibatkan anak2 mereka. Masalah keluarga boleh menjejaskan pelajaran anak2 mereka. Masalah keluarga perlu diketahui oleh pengetua utk membetulkan keadaan.


11.Pengetua juga perlu meronda sampai jam 3 pagi.


12.Utk meningkatkan mutu pendidikan- inisiatif di peringkat antarabangsa perlu dibuat.Hal ini demikian kerana utk mencapai ciri2 sekolah cemerlang, usaha2 pengantarabangsaan sangat penting. Sekolah perlu ada hubungan dgn negara luar spt Singapura, N.Thai, Indonesia dll


13.Dlm era globalisasi, sekolah perlu ada hubungan melalui internet-emel-blog-facebook dll.


14 .Ada juga negara luar ingin berhubung dgn negara kita.Sekolah mereka bagus2 dan terkenal, mereka ingin mencari rakan kongsi utk share.


15. SBP perlu terlibat dlm pertandingan spt olimpiad,debat,menulis esei,menunjukkan sbp & SBT tidak sama dgn sek harian. Mereka perlu kedepan dlm semua aspek.


16.Untuk mencapai negara maju-pelajar perlu dipupuk dan dijana ilmu pengetahuan,kemahiran,kepakaran, literasi, persekitaran yg kondusif dll.


17.Mencapai pelajar holistik,iaitu content knowledge, contohnya pengetahuan Fizik pelajar mesti tinggi, ini dinilai melalui ujian/ peperiksaan.


18.Di samping kemahiran khusus(specific knowledge), pelajar perlu diasuh tentang pengetahuan lain seperti sejarah, politik, ekonomi, biodata pemimpin negara.


19.Kita tidak mahu belajar hanya bijak dlm matematik tetapi bila ditanya ttg sejarah mereka tidak tahu, jadi aktiviti seperti kuiz, menulis esei, debat, publis speaking dll perlu digalakkan.


20 Pelajar2 perlu dilatih kemahiran komunikasi, bina team work, bekerjasama melalui sukan permainan, seperti -bolasepak, hoki, netball dll. Semua kegiatan kokurikulum ada falsafahnya, iaitu ketahanan diri, nilai ketabahan, kecekalan,dll Contohnya, perlawanan bolasepak utk menang kita mesti menyerang dan score goal. Tindakan ini boleh menajamkan pemikiran pelajar.


21.Hasrat MP untuk memperkasakan kokurikulum di sekolah.


22. Peranan pengetua menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah.
Peranan pengetua melaksanakan tugas dgn penuh tanggung jawab dan penuh integriti- jangan anggap tugas kita sebagai satu bebanan
Pihak KPM melantik pengetua dlm gred tertentu. Ini bermakna tanggungjawab dan amanah kita perlu digalas. Semasa kita menjadi pengetua, segala pelaksanaan program sekolah kita buat yg terbaik dan cemerlang.


25..Pengetua perlu tunjukkan model,dsegi ketepatan masa,iaitu org pertama sampai ke sekolah & org terakhir pulang.


26..Pengetua perlu menjaga penampilan diri, seperti rambut, kasut, berpakaian, pakai kereta dll walaupun kita nampak kecil tetapi maknanya amat besar.


27.Jaga hubungan kita dgn guru dari segi tutur kata, dan gurauan senda perlu dijaga sebab -org bawahan sentiasa memerhati gelagat kita. Jgn membiarkan org pandang rendah kpd kita.


28 Pemimpin sekolah sangat perlu menjaga kesihataan-kita perlu check 6 bulan sekali( blood pressure kdgn gula,jantung, kolesterol dll).Kita jangan sayang membayar RM350 (klinik swasta)utk check masalah kesihatan tetapi kita sanggup repair kereta habis ribuan ringgit.Pengetua perlu stamina dan sihat utk memantau sekolah.


29..Pengetua perlu berfikir di luar kotak- berfikir berlainan drp org lain-


30.Perhubungan dgn komuniti sangat penting-utk meningkatkan prestasi sek. Kita boleh bekerjasama dgn agensi kesihatan, polis, NGO dll Ada pihak swasta-yg ada social responsibility.Kita boleh menggunakan kemudahn drp pihak swasta utk memberi bantuan dr segi kewangan.


31.Hubungan dgn universiti perlu ditingkatkan. Ini memberi motivasi kpd pelajar berkenaan jika program lawatan ke universiti diadakan.


32.Dasar pintu terbuka perlu dibuat kpd ibu bapa-jgn sekali tutup pagar & kunci pintu kpd org luar-ibu bapa boleh membantu krn ada dlm kalangan mereka bekerja sbg- engineer, lawyer, hakimdll kita boleh memanfaatkan mereka utk membantu sekolah.


33.Sekolah perlu ada etos (berwatak).Contohnya VI berjaya melahirkan pelajar yg berjaya, ada pasukan pancaragam sekolah telah menjuarai di peringkat dunia.SM Convent-Apabila kita baru parking kereta, ada pelajar terus dtg bertanya, boleh saya bantu, saya boleh bawa tuan ke pejabat dll. Banyak pelajar yg tidak menghormati tetamu, berat mulut,berat utk memberi senyuman,dll kita perlu buat sesuatu.


34.Kita perlu menitikberatkan student outcome ,iaitu,keberhasilan pelajar-pastikan student outcome yg dihasilkan berkualiti.Tanggungjawab kita utk melahirkan pelajar yg hebat dlm semua aspek.

35.Saranan MP utk melahirkan- negara maju yg berstatus high income nation- ciri terpenting perkara sgt penting-kreativiti & inovasi dlm bidang akademik dan kokurikulum sentiasa berfikir perkara baru.


36. Aktiviti sukan dan kokurikulum- perlu diaktifkan di semua peringkat daerah, negeri,negara.Aktiviti sukan tidak dilonggokkan pd awal tahun.Aktiviti sukan perlu dibuat selepas bulan Jun -utk melahirkan pelajar cerdas dan cergas. Aktiviti sukan mesti dibuat lepas bulan Jun.


37.MP mencadangkan KOT disambut dgn meriah dan panggil ibu bapa
38.Semua sekolah perlu menubuhkan kelab2 sukan Ini akan melibatkan lebih ramai ahli contohnya, ada pasukan sorak, ibu bapa juga boleh melibatkan diri dan merentas desa dihidupkan balik

39.Sekolah bertaraf HPS-mereka boleh mengimport juru latih luar utk meningkatkan prestasi sekolah, terutama dlm aspek kebitaraan.


40.Amalkan holistic approach dlm pentadbiran-utk memajukan sek kita perlu melibatkan semua org. Mereka akan memberi sokongan & menguatkan kita.Kita jangan bergaduh dgn PK2.Cari jalan bagaimana kita hendak menawan hati PK2 kita.Jika semua bersatu kita menjadi kuat.Jika kita berpecah kita akan lemah.


41.Harapan KPM moga usaha gigih kita menjadi realiti utk menjana negara melahirkan pelajar bersifat holistik. Terdapat 10,000 buah di negara ini sek tuan puan dipilih antara sekolah yg terbaik. Semua bergtg kpd peranan pengetua. Kita perlu bekerja keras utk mencapai matlamat kita.Pihak kerajaan sangat berbangga dgn tuan2 dan puan2.
Wassalam.




Selamat maju jaya


Disediakan oleh
Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua SMS Machang. 4.00 ptg 24.2.2010


No comments: