Thursday, July 1, 2010

Ucapan Perasmian PKPSM G.Riverview 23.6.2010

Ybhg TS Dato Alimuddin Mohd Dom
Ketua Pengarah, KPM
23 Jun 2010 Riverview KB

Catatan ucapan perasmian KPPM

1.Berkongsi pengalaman pergi ke sekolah di London-Specialist Humanities School, SUNDURY MANOR SCHOOL, ENGLAND
2.Pengetua jangan duduk diam dalam bilik sahaja
3.Pengetua perlu cergas and managing by walking about-mencerap guru-barulah kita dapat mengenal pasti guru gred A-B-C
Memantau kelas, tandas, berada n beri motivasi kpd murid2 bermain di padang
4.Strategi berhadapan dgn ibu bapa-pendekatan kpd penyelesaian masalah, mesra pelanggan, respon kpd semua permohonan dan menerima kritikan
5. Sundury Manor School-10 thn sebelum berjaya-bukan pilihan ibu bapa, hadapi masalah disiplin, tetapi selepas itu kesan drp kehebatan pengetua sek ini telah berjaya
6. 94.2% kehadiran
7. Pupuk semangat Learning and achieving together.
8. Jadi,Pengetua perlu bersikap friendly, safe and courteous community
9. Ofsted memberi komen-The headteacher is an outstanding leader and is supported by dedicated senior management team
10. They have the confidence of parents, staff and students
11. Pengetua cemerlang jgn berhenti belajar- maju mundur sesebuah sekolah beergantung kpd keupayaan pemimpin.
12. Pelantikan pengetua melalui pelbagai tapisan-jadi pemilihan pengetua ialah yg terbaik
13. Pengetua perlu menghayati misi, visi, objektif sekolah
14. Mengadakan aktiviti peningktan profesionalisme untuk semua tenaga pengajar
15. Amalan dan budayanya semasa menjadi pengetua ialah 2kali mencerap dlm sehari
16. Sentiasa berkongsi wawasan, mempunyai semangat kekitaan dan kerjasama yg tinggi
17. Dapatkan kerjasama dgn PIBG jika tidak mereka buat aduan ke pihak atasan
18. Pengetua buat sendiri budget sekolah, jangan serah kpd orang lain.
19. Menggalakkan kreativiti dan inovasi
20. Pastikan standard dan kualiti pengajaran & pembelajaran
21. Kejayaan/kegagalan pengetua bergantung kpd KPI KPPM
22. Setiap perubahan akan membawa kebaikan kepada semua
23. Jadi peranan pengetua sangat penting bagi menjayakan setiap program KPM dan dasar kerajaan.

Sekian. Laporan oleh Sahiful Bahari Ab Rahman, Pengetua SMACH

Monday, May 31, 2010

SAMBUTAN HARI GURU






Sambutan hari guru Peringkat Sekolah

Tarikh : 16.Mei.2010

Tempat : Sekolah Menengah Sains Machang

Wednesday, May 26, 2010

Lawatan Penanda Arasan ke SMK(P)Sri Aman,PJ dan SM Sains Seremban





Lawatan Benchmarking Ke SMK(P) Sri Aman Petaling Jaya- Sek Berprestasi Tinggi pada 21.5.2010

Taklimat Pn Hjh Alainal Hasani Md Nor
Pengetua Jusa C

1.Sek Kluster-kebitaraan sek,iaitu Orchestra, Koir, B.Inggeris

2.SMK(P) Aman menjadi sekolah Berprestasi Tinggi pada thn 2010
Visinya World Class High Performing School.

Kriteria
1.Personaliti unggul
2.Anugerah peringkat nkebangsaan & antarabangsa
3.Jalainan dgn IPT-
4.Jaringan kukuh.
5.Penandaarasan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kita mesti fight untuk dapatkan markah SBT-beri kerasionalan

3.Sek ini menerima lawatan drp menteri peringkat kebangsaan & antarabangsa.
4.Prestasi akademik- PMR 2009 1.39 SPM 2009 2.24

5.Sistem pengurusan SMKPSR: amalan kepimpinan-encoraging the heart
Bayaran yuran melalui bank
Sistem biometrik utk merekod kehadiran staf
Mewujudkan konsep pejabat terbuka

6.Pembestarian sekolah
melengkapkan makmal sains & bilik darjah dgn komputer & LCD
peperiksaan- smart scan & sorting machine bg kemudahan unit pep.
Penggunaan ICT secara menyeluruh- tanpa buku rekod.

7.Prasarana
Berpegang kpd kpd konsep “Ideal”
Idea,Decide,Excite, Act,Lasting- buat perubahan, sentiasa buat murid teruja,cara p&p.
Kewujudan kelas kabin
Memory lane-parent yg buat-alumni
Keceriaan & kebersihan sekolah-mural sejarah kemerdekaan.

8.Kurikulum
1.Penilaian -pentaksiran formatif,CGPA,pengiktirafan,smart scan & sorting machine
2.Pengurusan-jadual waktu 1jam(more learning than teaching),Internet wayerless
4.Program kecemerlangan-cemerlang gemilang, pemantauan minda,graduasi,pidato
5.P&P- on-line school, pengajaran asecara blok,pel dibenarkan bw laptop, ada 1 interactive whiteboard,
perkongsian waktu pengajaran ICTL
6.Impak-melahirkan murd celik IT, yakin dan mahir berkomunikasi

9.Compile esei-jual masa graduasi.

10.Kokurikulum
10.1Amalan koko-sistem markah kumulatif
10.2Penglibatan pergkt kebangsaan & a.bangsa.
10.3Perhubungan
10.4Perancangan masa depan
Sistem markah kumulatif-seseorang merasakan sense of belonging to the house.-penglibatan ibu bapa sangat hebat.


11.Kelab Renjer Hijau Sri Aman-R&D-tenaga solar-pertama di Malaysia
Rain harvesting system-tiru sek sanza.,kitar semula, dapat anugerah

12.Hal Ehwal Murid
1.Pembentukan sahsiah murid-ada students council
2.Pembentukan keyakinan diri & kepimpinan
3.Pembentukan imej
4.Impak

13.Malam Santapan Amal PIBG-sumbangan derma

Lawatan Bench marking ke Sek Men Sains Seremban 21.5.2010

Taklimat oleh En Roslie b Ahmad, PK Pentadbiran

1.Visi- Saser penjana modal insan terbilang menjelang 2020

2.Misi saser- Membangunkan potensi individu yang seimbang dalam pelbagai bidang ilmu dan kemhiran melalui pendidikan berkualiti.

3.Program2
3.1 Bicara pemimpin-memastikan semua pelajar akan berucap di perhimpunan
3.2 5 malam ada guru yg mengajar.
3.3 Adakan bengkel mata pelajaran-Isnin hingga Sabtu
satu subjek 4 jam-masa dimanfaatkan sepenuhnya
3.4 Jadual waktu P&P dipinda semula.
3.5 Program lonjakan saujana/latih tubi.-seleps percubaan
3.6 Semasa pep percubaan kurang dr segi prestasi-lepas tu program lonjakan saujana dilaksanan
3.7 Program guru muda-pelajar bijak membantu pelajar lemah-group study-motivasi berpanjangan
3.8 Peranan PKP bercakap setiap minggu berkaitan dgn akademik.Sokongan alumni-panggil pelajar yg berjaya-jadi pilot-gaji pertama derma RM 10,000 ke sek, ada yg bank-in RM400 utk membeli kek kpd semua guru.
3.9 Keputusan SPM 2009 diumumkan& diberi serentak di perhimpunan-suspens-pelajar tidak mengetahui sama ada dia dapat straight A atau tidak.Kehadiran ting 4&5 hadir utk memberi motivasi kpd mereka.
3.10Sistem mentor-mentee 1X sebulan.
3.11Program adik-abang-yg tua dihormati, yg muda dihomati-utk mengelakkan drp kes buli
3.12Perhimpunan bulan utk semua staf-baca ikrar, beri kad hari jadi,
3.13Majlis makan malam-high table-pelajar yg mengharumkan nama sekolah-diberi makan istimewa.
3.14Lawatan Penanda Arasan-Indonesia, Vietnam(Matematik mereka bagus)
3.15Program kerohanian-setiap hari solat hajat.
3.16Majlis Anugerah Terbilang-
3.17Peranan panitia- beri piza kpd pelajar cemerlang dlm subjek.
3.18Bulan bahasa-bertanding rumah mana yg paling berjaya
3.19Sokongan kerajaan negeri-beri RM150,000 utk sekolah
3.20PIBG sponsor utk hari keluarga guru&staff.
3.21Komitmen guru sangat tinggi-contohnya,bengkel 3X seminggu, guru mahu 5Xguru2 tinggal di sekitar.Byk dibuat dtg drp cikgu..
3.22Diberi kebebasan sepenuhnya utk bhn2 latih tubi,contohnya penggunaan kertas.
3.23Amalan kepimpinan-Pengetua sentiasa berada dlm kws sek 2.00 pagi-memantau.guru/staf bermasalah-dipanggil & ditegur.Tindakan cepat-jaga yg tidak perform disuruh berhenti.Kerosakan-tindakan cepat. Ada check-list, Pencerapan disusun oleh KB.Pemantauan sgt penting

Bad teacher complains
good teacher explains Catatan oleh
best teacher motivates Sahiful Bahari Abd Rahman
great teacher inspires Pengetua SM Sains Machang

You can be a doktor and save lives YDP MPCK Cwg Kelantan
be a lawyer and depend lives
be a soldier and protect lives
or simply be yourself
a teacher who touches lives.

Tuesday, May 18, 2010

Bench marking di SBPI Gombak

Laporan Benchmarking ke SBPI Gombak

1. Pengurusan mengamalkan kaedah press the right button
2. Guru-pelajar komited untuk belajar- perangi secara keseluruhan-dr asrama-sek-balik
3. Guru susah hati pelajar tidak ada dlm kelas.
4. Komitmen guru-bekerja atas dasar tugas-pengorbanan guru sgt tinggi
5. P&P sangat berkesan
6. Guru buat item analisis item-lepas peperiksaan
7. Target sekolah jelas dlm kalangan guru & pelajar
8. Program ulang kaji terancang dijalankan. Soalan sendiri?
9. Sekolah memenangi hati pelajar
10. Adakan dialog terbuka dengan pelajar
11. Highlight belajar ke luar negara.
12. Paparkan foto pelajar straight A's setiap peperiksaan
13. Program kerohanian mantap(dalaman) setiap malam-penghayatan pelajar ikut program
14. Usrah naqib & naqibah-guru terlibat-kumpulan kecil
15. Amali solat-sejauh mana berkesan & dihayati?
16. Ubah sikap perlu latihan>-kuat-kuasa>-pemantauan>berkesan
17. Guru perlu komitmen yg tinggi-Pengetua,PK2,kaunselor,guru-turun padang
18. Prep mlm-9-10 mlm:buat home work, 10-11 mlm group discussion,prep wajib dlm kelas.
Prep 3.15-4.30 ptg 9.15-11.00 mlm
19. Prep terancang dikendalikan oleh MGC & Guru Muda-buka cuti-kursus utk guru muda dikendalikan oleh GC
20. Program Perfect score(Modul MGC) T1-5 masa 9-12.00 th Outing 12.30-6.00 ptg
21. Masa relief- serah kpd panitia mengikut subjek
22. Headcount dilaksanakan dgn terperinci. Analisis kelemahan dibuat dgn detail dan disusuli dgn tindakan. Fokus kpd pelajar lemah.(Program Gilap Mutiara/Dulang Emas)
23. Sistem kad pengesanan dibuat
24. Program rehat minda
25. Program public speaking masa rehat. Setiap pelajar terlibat sekurang-kurang sekali setahun.
Seramai 6 orang sehari.
26. Program kelas di luar di bilik darjah.
27. Guru di sini tidak mementingkan ganjaran-keerja sbg ibadah-ikhlas-amal soleh utk akhirat
28. Asrama-sistem campur T1-5 dlm satu dorm-bersih/ cadar 2 warna. Pelajar tip top kerana sek sering dilawati oleh org luar.
29. Sikap guru juga perlu diubah-komitmen guru,prihatin,cakna>muhasabah diri. Pelajar ponteng,kotor, tidak cakna-guru tidak tegur. Guru bersama pelajar berdoa-baca yasin,jaga mulut(jgn celupar)-pelajar T4 berasa hati.

Monday, May 10, 2010

Hari Profesionalisme Pengetua Kelantan

Hari Profesionalisme Pengetua Sekolah Menengah Negeri Kelantan
Dirasmikan oleh
YAB Tn Hj Hussain Awang
Pengarah JPN Kelantan
4 Mei 2010 Grand Riview KB


YABrs Hj Hussain Awang
Pengarah JPN Kelantan

1.Beliau mengucap syukur kerana penganjuran program ini

2. Sbg pemimpin sek kita perlu mengetahui dasar kerajaan dan perkembangan masa ini.
3. Malaysia berada di persimpangan jalan untuk- mencapai sebuah negara maju 2020
4. Wp kita mencapai kemajuan negara berada dlm bahaya kerana kita telah hilang daya saing-kita masih ketinggalan dari segi ekonomi
5. Bagi menghadapi cabaran ini- Program Transformasi Kerajaan(GTP)diperkenalkan
6. Bidang NKRA diperkenal bagi membantu mengatasi masalah ini.
7. Bidang ini memberi fokus kpd aspek keberhasilan.
8. Kita sbg penjawat awam perlu tingkatkan aspirasi & prestasi .
9. Oleh sebab itu, sasaran pihak kerajaan sangat tinggi
10. Kita perlu memberi sokongan kpd pihak kerajaan
11. GTP diterajui oleh PM , Timbalannya KSN-ini menunjukkan program ini amat serius.
12. Kerajaan mengambil inisiatif dan kaedah baru utk mencapai matlamat ini.
13. Kita perlu mencari idea yg terbaik
14. Kita perlu memupuk perpaduan kerana negara Malaysia berbilang kaum- kepelbagaian satu merupakan satu aspek yg unik
15. Gagasan Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, slogan yang perlu dihayati bersama.
16. Matlamatnya untuk menjadikan negara lebih maju, berdaya saing.
17. Rakyat didahulukan -tumpukan kpd aspek yg diperlukan oleh rakyat jelata
18. Perlu bertindak dlm jangka masa pendek dan jangka masa panjang
19. Maklum balas dan aduan daripada rakyat (pelanggan) perlu dilayan dgn mesra.
20. Semasa hari NKRA ,1000 maklum balas drp rakyat telah diterima.
21. Zaman kerajaan mengetahui semua perkara sudah berlaku.
22. Kita perlu ada KPI -kaedah baru melalui GPT
23. Kerajaan bertanggungjawab merancang dasar- kita sbg pendidik perlu melaksanakanya.
24. Ramai pelajar kita gagal dlm b.Inggeris
25. Pihak sek perlu berusaha utk melonjak standargd pendidikan, jika tidak Malaysia akan ketinggalan dlm persaingan merealisasikan pendidikan berkualiti
26. Semua sekolahperlu memberi pendidikan berkualiti kepada setiap pelajar
27. NKRA merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.
28. Dari segi kualiti-prestasi sekolah antara golongan miskin dan golongan kaya masih ada jurang..
29. Masalah literasi & numerasi masih ketara di negara kita.
30. SBT diwujudakan untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negara ini
31. Diharapkan SBT ini menjadi suri teladan kpd sekolah lain
32. 20 buah telah diumumkan thn ini dan target 200 buah sekolah thn 2011.
33. SIP (School Improvement Programme) perlu diwujudkan
34. New Deal-baaiah baru kpd Pengetua & GB
35.Pengetua berperanan sbg agen perubahan-meniali n memantau p & p di sekolah

36.Pengetua berada di barisan hadapan dan melaksanakan semua dasar kerajaan.
37.. Di Kelantan-sebuah sek shj diiktiraf sbg SBT- apa sudah jadi dgn sek lain?
38.. SIP membantu sek yg berpretasi sek
39.. HARI INI GENAP SEBULAN JADI PENGARAH- saya ialah ahli akademik. Jadi penekanan saya kpd kepimpinan instruksional .
40.. Program peningkatan akademik perlu diutamakan.
41.. SPM 2009 5 buah sekolah dikategorikan sekolah cemerlang, iaitu.
1.SMKA Tok Bachok
2.SMS Machang
2.SMS Tg Mohd Faris Petra
3.SMK.Maher
4.SMKA Naim Lilbanat

Faktor-faktor kegagalan sekolah?

1. P&P dlm bilik darjah masih kurang berkesan
2. Ketidakberkesanan kepimpinan sekolah
3. Kefahaman instruksional masih kurang
4. Murid tidak minat belajar? Pengajaran guru tidak menyeronokan.
5. Isu perancangan-analisis data, post-mortem semua ini perlu ditransformasi semula
6. Tindakan kita tidak berkesan- tidak buat penilaian/pemantau
7. PGCA-Pemimpin perlu sedar apakah faktor kritikal kejayaan.



2. Dato Prof Dr Sheikh Hussin@Mohd Sheh Abd Rahman
Pengarah UITM
Machang.

1.Misi Pengarah- “Pengukuhan akademik dan pembangunan profesional melalui manusia berkualiti, pengurusan sumber, proses pengajaran dan pembelajaran, teknologi dan pembudayaan”

2.Strategi membantu mereka yang buntu

2.1 Kepimpinan kolektif dan rangkaian kerjasama pembangunan sumber manusia (Synergistic Human Resource Development) melibatkan cluster-
2.2 Cluster Pendidikan-pelajar untuk pembanguna rakyat Kelantan.
2.3 Cluster ekonomi ekonomi pertanian/pekerjaaan
2.4 Cluster pembangunan infrastruktur, kebajikan, pembangunan keluarga
2.5 Cluster pembangunan usahawan dan perniagaan.

3.Strategi Pemikiran & Fikiran

31 The Design School-strategy formation as a process of conception
3.2 The planning school-strategy formation as a forrmal process
3.3 The Positioning School-strategy formation as an analytical process
3.4 The entrepreneuurial school-strategy formation as a visionary
3.5 The cognitive school-school of as a mental process
3.6 The learning school-school of as a emergent process
3.7 The Power school- school of as a emergent process
3.8 The Cultural School-school of as a collective process
3.9 The Environment School– school of as a reactive process
3.10 The configuration School -school of as a transformation process

4.Kebuntuan meresap ke sarap kita..
5.The choice
We believe in our choice
That we aspire and shall strieve together
To be in the world of
champions winners the best professionals in all fields



3. Y Brs Tn Hj Zahari B Daud
Timbalan Pengarah JPN Kelantan

Perasmian Penutup

1. Lahir modal insan bertaraf dunia
2. Pupuk sahsiahn yg baik dlm kalangan pelajar.

3. Budaya ilmu- pupuk budaya membaca-menambah ilmu- dgn ilmu menukar nilai , memajukan kita dan generasi
4. Cadangannya-kita seharusnya meningkatkan budaya ilmu di sekolah
5. Program Nilam & diskusi buku/ilmu perlu diperluas
6. Pusat Sumber Pendidikan-perlu diperkemas,diceriakan,diperelok.
7. Melahirkan personaliti unggul, personaliti yg hebat ,boleh memimpin bukan dipimpin.
8. Kemahiran insaniah(soft skills) insaian-kemahiran komunikasi.

Antara cadangan program

1. Mempersiapkan diri sbg SBT
2. Perancangan strategik perlu dirangka- sbg penanda aras dan ada jalinan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Pencapaian akademik perlu ditingkatkan
4. Dlm MSSM status pencapaian di peringkat negeri kurang memberangsangkan.
Ada PPD yang tidak mencapai pingat emas.
5. Kepimpinan peringkat sekolah menentukan hala tuju sesebuah sekolah.

Pengetua sbg Kepimpinan insruksional perlu diperkukuhkan:

1.P&P tidak efektif menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik.
2.Ada sek sgt rendah peratus dlm UP1
3.Sejauh manakah keberkesanan kaunselor? Apa yg mendukacita kita? Adakah kaunselor dapat mengurangkan gejala negatif di sekolah?
4.Kepimpinan sekolah perlu memperkasa kaunselor?
Data2 perlu dianalisis pelajar ponteng, merokok, merosakkan harta benda sekolah, sahsiah pelajar
5.Sejauh manakah keberkesanan guru2 Pendidikan Islam & Moral menghadapi muflis moral n akhlak? Sejauh mana kita memupuk personaliti pelajr yg baik, rambut yg berfesyen, dll?
6.Pengurusan sekolah perlu tangani dgn serius gejala ini spt masalah buang bayi, bohsia, rempit dll
7.Tamadun dunia runtuh kerana keruntuhan akhlaknya.
8.Berapa ramai program khatam Al-Quran? Perlu ada bancian? Tidak solat 5 waktu?Betul bacaan Fatihah, tahiyat, Qunut? Penekanan pendidikan agama dan keimanan perlu dipupuk.
9.Pupuk budaya kreaviti dan inovasi.
10.Kita perlu berkongsi pengalaman dgn guru di SMKA Tok Bachok.Ada guru Fizik yg mengajar sampai 1 pagi secara percuma.
11.Kita perlu mahir menganalisis data.

12.Saranan MP-semarakkan aktiviti sukan
Kita bergerak setelah ditegur
Kita buat kajian buat analisis SWOT -
13.Ambil usaha untuk mencemerlangkan bidang kokurikulum.
14.Jika kita mahu seribu cara
Jika kita tidak mahu seribu dalih.
Budaya mencari alasan perlu dikikis.
15. Kita perlu mengenal pasti murid berpotensi, gerakan melatih murid peerlu diadakan,
Ketandusan kepimpinan sukan perlu diatasi.
17.Sukan untuk elit, sukan untuk semua.-kita buat sukan secara ala kadar. Satu fenomena yg tidak betul.
18.Kita berharap kita buat perancangan semula.
19.Faktor pengetua menentukan kejayaan sekolah..

20. Tiga faktor pengetua yg hebat:

1.Harus komited utk berjaya-laksanakan tugas harian
kekal semangat kental. , dia perkenal pembaharuan utk sek
2.Perlu agresif- sentiasa mendesak untuk mencapai matlamat.
3.Perlu kemahiran komunikasi-visi-misi sek .
4.Bersikap tegas dan tetap pendirian

Mengikut Dr Sulaiman Al Karumi- Beberapa teori berkongsi utk menjadi pegetua berjaya

1.Pemimpin mesti menanam komitmen dlm diri sendiri-mesti memulakan sesuatu pekerjaan.
2.Elakkan menunda sesuatu pekerjaan
3.Pekerjaan yg mengulang akan memantapkan pekerjaan
4.Buat sesuatu kerja dgn semangat mujahadah

3 halangan kejayaan.
3.1 malas
3.2 bimbang/lemah-
3.3 cepat bosan/jemu- apahal kita belum buat kerja

Catatan
Sahiful Bahari Ab Rahman
Pengetua SM Sains Machang.

Tuesday, April 27, 2010

Kursus Manual Prosedur Kerja & Fail Meja















KURSUS MANUAL PROSEDUR KERJA & FAIL MEJA

TEMPAT: BILIK GERAKAN SMACH

TARIKH : 20-22 APRIL 2010

Pesta Buku Kelantan 2010


Pesta Buku Negeri Kelantan

TEMPAT : Dewan Jubli Perak MPKB

MASA/ TARIKH : 10.00 pagi 26.4.2010

PERASMIAN OLEH : Y Brs Tn Hj Amran Mastom, KPP HEM KPM



1.Nota Ucapan Beliau

Tema- Budaya Membaca Menguatkan Bangsa

1.Buku melahirkan manusia yg mahir dan pakar dlm pelbagai bidang.

2.Dgn memupuk budaya ilmu mampu bersaing di arena antarabangsa yg semakin mencabar.


3.Dgn membaca kita dapat menerapkan pelbagai ilmu utk memajukan bangsa dan negara.

4.Menyeru semua warga pendidik dapat menghargai buku kerana melalui pembacaan-byk maklumat akan diperoleh.dan banyak buku telah diterjemah.

5.Walaupun kemajuan elektronik dan digital pembacaan buku masih relevan

6.Org mencintai buku jelas akan mencintai ilmu

7.Mengucap tahniah kpd pihak JPN mengadakan pesta ini kerana bukan mudah utk menarik perhatian orang ramai mengunjungi ke pesta ini.

8.Hanya mereka yang benar2 berminat sahaja akan mengunjungi pesta buku

9.Melalui pesta buku ini akan menggalakkan Pengetua, GB, guru, dan staf utk memeriahkan pesta buku ini.

10.Peranan ibu bapa sangat penting membawa anak2 mengunjungi pesta buku, ini akan terapkan budaya membaca dlm kalangan kanak2”meletur buluh biarlah dari rebungnya”

11.Tahniah kpd JPN Kelantan kerana berjaya mengadakan pesta ini.






2. Ucapan YABrs Hj Hussin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan
Pengarah JP Kelantan

1.Mengucap tahniah atas penganjuran Pesta Buku Kelantan tahun 2010.

2.Pesta buku ini akan memupuk budaya membaca yg merupakan saluran yg paling mudah untuk memperoleh ilmu dgn efektif.

3.Budaya membaca perlu dijadikan agenda penting kerana masyarakat kita masih kurang membaca.
4.Masyarakat mampu berubah dan maju sekiranya memiliki ilmu.

5.Ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan membina negara bangsa.

6.Matlamat murni ini memerlukan sebuah bangsa yg berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

7.Moga warga pendidik Kelantan mampu memupuk dan memperkasakan budaya membaca.




Catatan oleh :

Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua
SMS Machang




Sunday, April 25, 2010

Lawatan Panel Penasihat SKK


Lawatan panel penasihat Sek. Kluster kecemerlangan ( SKK) ke SMACH
Ts.Datuk Seri Panglima Dr.abd. Rahman Arshad

TARIKH: 14.4.2010

Lawatan Tim. Pengarah SBP

Lawatan Tim. Pengarah SBP ke SMACH - Pn. Hjh Norlia Mohd Suhaili

Tarikh : 5.4.2010


Majlis Konvokesyen SMACH Ke-17

Majlis konvokesyen SMACH ke-17

Tarikh : 17. April. 2010

Perasmian oleh : Ybrs. Tn.hj. Mohd Adnan Mohd Nor


Monday, April 5, 2010

Pengetua SMACH menyambut ketibaan TPM

Pengetua SMACH menyambut ketibaan TPM sempena menghadiri program Juara Rakyat peringkat Negeri Kelantan.

Monday, March 29, 2010

KHEMAH IBADAT 2010

PORGRAM : KHEMAH IBADAT SMACH 2010

TEMPAT :DEWAN TERBUKA

TARIKH: 24 - 26/3/2010

ANJURAN : BADAN DAHWAH & ROHANI SMACH

PERASMIAN OLEH : TN. HJ. SAHIFUL BAHARI B. AB. RAHMAN



OBJEKTIF :

1. MEMBANGUNKAN SAHSIAH TERPUJI / AKHLAK MULIA PARA PELAJAR

2. RAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PELAJAR ( UKHWAH )

3. LATIHAN KEPIMPINAN MASA DEPAN

4. LAHIR PELAJAR BERDIKARI, KETAHANAN DIRI DAN DISIPLIN DIRI

5. PUPUK IQ, EQ DAN SQ PARA PELAJAR


Sunday, March 14, 2010

KOT SMSTMFP



Pengetua menghadiri program Kejohanan Olahraga Tahunan di Sek.Men.Sains.Tengku Mohd. Faris Petra KB.

KEPUTUSAN SPM 2009





INFO KEPUTUSAN SPM 2009:

SPM 2008 - GPS 2.27
SPM 2009 - GPS 1.55

* Pecah rekod -Terbaik dalam sejarah SMACH
* Tempat ke-2 Negeri Kelantan
* Pelajar terbaik : Alif Fitri mendapat 9A+ & 1A

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA.

Thursday, March 11, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

TEMPAT : Padang SMACH

TARIKH: 10.03.2010


Tuesday, March 9, 2010

MESYUARAT JK PKPSMK



Mesyuarat JK PKPSMK

TEMPAT : SMK Dato Ahmad Maher, KB

MASA :9.00 pagi, 7.3.10



1.Ucapan Pengerusi-YAB Tn Hj Mohd Ghazali Abd Rahman, Pengarah JPN

TQ atas kerja buat bagi mencemerlangkan pendidikan Kelantan
Tugas JPN bukan hendak cari salah tetapi bersifat membantu kpd sekolah-bentuk JK utk melahirkan modal insan yg hebat pd masa akan dtg
Selama ini semua sekolah yg membantu meningkatkan kcemerlangan pendidikan JPN
Terdapat seramai 157 pengetua di Kel termasuk - 20 SKBK di Kelantan
Harap PKPSM di Kelantan buat yg terbaik krna ini bentuk permuafakatan di Kelantan
Persidangan ini akan menentukan imej JPN Kelantan
Semua pengetua bersama gerak kerja membina kecemerlangan anak bangsa di Kelantan
Mengharapkan dan memungkinkan pelaksanaan yg terbaik
JPN akan berasa kehilangan- thn ini Hj W. Mansor,Hj,Hamdi, Hj Ashari,Hj Adnan akan bersara.
JPN akn memberi bantuan sepenuhnya bagi menjayakan persidangan ini.


2.Ucapan Ybrs Hj W Mansor ,YDP PKPSM Kelantan

Maklumkan tarikh persidangan PKPSM pada 22-24.6.2010-Perbelanjaan ditanggung oleh PKPSM negeri masing2.Peserta seramai 545 maksimum 600 orang
Hari pertama -22.6.10 check in mlm tu dinner-disponsor YB Dato Pa. Hari kedua-23 Perasmian dan utk forum-Pengerusi Dr Agus, Dato Norizan Bapoo Hashim,Dr W Zahid, NC UMK dan Profesional slot -Dato HamadKama Piah, PNB
Hari 24 Mesyuarat Agung PKPSM - YAB MP akan merasmikan-Majlis Penutup-YB Dato Pa
Bayaran hotel RM 360 dan bayaran-pendaftaran RM200.
JPN, BTPN,PPD akan memberi bantuan.



En Saiful Bahari Md Tauhid, Pegawai KPPM

3.1 TQ dan tahniah-adakan bertemu pada pagi yg ptg dpt sokongan dan restu drp Pengarah JPN- Ini menunjukkan ukuran jelas ke arah kejayaan- sbg petunjuk awal.

Beban kpd Pengetua yg akan bersara-Kel pernah jadi tuan rumah 14 thn dulu- ini merupakan satu sumbangan besar, memori yg bermakna sebelum Pengetua bersara.
Pandangan org lain-PKPSM Kelantan menjadi benchmark kpd negeri lain spt ada bangunan,dan dana RM1.3 juta.Dia mempunyai pengalaman 10 thn bersama PKPSM. Di Kelantan- permuafakatan sangat baik. Ada yg menerbitkan buku jejak warisan.
Hubungan erat dgn JPN Kelantan sgt ptg utk mendapat sokongan-ini cabaran yg paling besar kini-masalah peruntukan.
Selama ini KPM menjana dr segi kewangan,iaitu mereka dapat ilmu,erat silaturrahim, kini sudah berubah tidak semua peserta dapat percuma.Lebih ptg tanggungjawab sbg pengetua.

Baiah pengetua utk meningkatkan prestasi sek sgt penting
Perjalanan bas oleh sekolah/JPN
Kos penginapan-sebahagian pengetua, sebahagian tabung PKPSM negeri masing2.
Impak kpd peserta sgt ptg krna yg hadir VIP MP ialah TPM
Hanya di Malaysia MP ialah Timbalan PM.
Biasanya kehadiran MP-ini memberi implikasi sgt besar. Kehadiran MP mempunyai serampang dua mata.

3.13 Forum-Dato Norizan Bapoo- emosi yg tinggi- Dr Agus-pdgn 2 sudut-pengerusi UITM.Ramai tokoh korporat dr Kelantan. Byk input cara pemikiran baru dr segi pengurusan.
3.14 Tahun ini tahun pemilihan PKPSM- & byk isu berbangkit, terutama-SBT kenapa 20 buah sek shj, & sek tertentu tidak dapat.
3.15 Perlu ada sharing dlm kalangan pengetua dr segi pengurusan sekolah- dalam ½ jam resepi kejayaan sek2 yg dikatakan hebat.
3.16.Penutup- Dato Mustapha Mohd, org luar Kelantan-belum pernah dengar input drp menteri


5. Y Bhg Dato Azam Md Atan YDP PKPSM

TQ atas sokongan JPN
Satu nostalgia semua pengetua dtg masa mesyuarat di Kelantan.Tahniah kr menerima & sanggup menjadi tuan rumah
Selalu teringat akan layanan orang Kelantan sgt mesra & menghargai tetamu- jadi kita terbalas budi.Ada negeri tertentu yg tidak hormat tetamu mereka.
Kehebatan PKPSM Kel dananya melebihi PKPSM peringkat Kebangsaan.
Tiada peruntukan jangan menjadi penghalang utk kita buat program.
Perasmian-VIP yg kita jemput sukar utk hadir-biasa yg datang Timbalan MP
Thn ini Kelantan tuan rumah- jaga keselamatan jgn cuba pergi ke seberang.
Moga persidangan berjalan dgn lancar.


6.Hj Hamdi membentangkan JK Kerja PKPSM
7 Hj .W Mansor- dptkn sumbgan asrama ,kantin, syarikat yg berus niaga dgn sek.
8.Hjh Fauziah- batek yg dicadangkan batek satu Malaysia
9.KJ mesyuarat JK keci PKPSM- boleh dibuat di sek..



Catatan oleh,

Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua SMS Machang.

BERSAMA PENGARAH





Tn.Hj.Sahiful Bahari bin Ab.Rahman bergambar kenangan
bersama Pengarah JPN Kelantan

Mesyuarat HKSBP

Mesyuarat HKSBP dengan Tn.Hj.Kholil Mohd ( Ketua Sektor Kepimpinan & Pembangunan Kemanusiaan ( BPSBPSK KPM )

TEMPAT : SM Sains Pasir Puteh

Tarikh : 5.3.2010







ASRAMA TERBUKA

ASRAMA TERBUKA

26.FEB.2010

Monday, March 8, 2010

ADAB BERKEMPEN

BERKATA BAIK TANDA ORANG BERIMAN


Dalam ceramah atau syarahan di khalayak, pelbagai isu telah dikemukakan kepada orang ramai.Hujahan berbentuk retorik telah dilontarkan untuk menarik perhatian audien. Isu-isu sensitif dan panas menjadi bahan dan tajuk ceramah. Pelbagai wacana telah dihamburkan untuk menyedapkan halwa telinga.Si pendengar dan penonton setia akan menyambut dengan gema sorakan dan laungan takbir,apatalahlagi jika isu itu dikatakan “jejak angin”dengan mereka.
Semuanya mengharapkan pendengar mempercayai atau menyakini isu yang diperkatakan. Apa yang mendukacitakan timbul isu mengumpat, mengutuk,dan memaki pihak lawan yang menjadi menyedap halwa telinga. Akhirnya, perkara-perkara yang ditegah oleh agama menjadi kebiasaan.
Apabila kita bertelagah ,masing-masing cuba menegakkan kebenaran,mari kita meneliti dan merenung beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menjadi panduan orang-orang beriman. Pegangan Al-Quran dan Sunnah yang sungguh-sungguh –kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya(maksud hadis).

“Wahai-wahai orang-orang yang beriman,taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah(Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya-jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian itu adalah lebih baik(bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”An-Nisa:59

“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain.(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka: dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain:dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) maka,amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang)sesudah dia beriman.Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat(daripada perbuatan fasiknya)maka merekalah orang –orang yang zalim.”Al-Hujurat:11

Dalam ayat ini , Allah menjelaskan seseorang menjadi fasik dan zalim jika memperlekeh ,menghina, mendedahkan keaiban dan mulut celupar ke atas puak atau orang lain.


Allah melarang orang-orang yang suka mencerca walaupun ke atas orang-orang musyrik sekalipun apatah lagi ke atas orang Islam yang lain.

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”Al-An’aam:108

Usahkan maki hamun,mengumpat,mencari kesalahan orang-menyangka buruk pun Allah melarangnya. Sesiapa yang mengetahui hakikat kejadian manusia,dan benar-benar mengenali zat Allah tentulah dia tidak tergamak untuk menyangka buruk kepada sesama manusia apatah lagi saudara seagama.Sebenarnya manusia ialah sebaik-baik kejadian sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran.

“Wahai orang-orang beriman!Jauhilah kebanyakan dari menyangka buruk kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang: dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah: sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihi. Al-Hujurat:12

Walaupun ada pendapat yang membenarkan mengumpat,cuma dalam keadaan darurat seperti untuk mencari jodoh, maklum kepada pihak polis, dan di mahkamah. Keadaan yang diharuskan mengumpat hanya kepada pihak-pihak berwajib, ada akautabili,yang didaftarkan secara sah mengikut undang-undang.,bukannya “ditelanjangi” keaiban orang atau dijaja merata-rata di pentas khalayak, dalam blog internet, dan ICT agar semua dunia mengetahui “tanpa seurat benang” perihal si pulan bin si pulan.

“Dan janganlah engkau(berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina(pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan(untuk memecahbelahkan orang ramai) Yang sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang sangat berdosa.” Al-Qalam:10-12


“Katakanlah; Wahai Ahli Kitab! Jangan kamu melampau-lampau dalam agama kamu dengan cara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kamu yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga(sekarang) mereka telah tersesat(jauh) dari jalan yang betul”
Al-Maidah:77

Yang menjadi masalah orang-orang melakukan salah laku ini orang yang pandai dalam ilmu agama. Sesetengah pihak bukan calang-calang orang yang bergelar ulamak dan tuan guru.Apabila mereka menggunakan hujah kononnya nas Al-Quran, hadis, kitab-kitab tertentu, maka sudah tentu orang akan percaya, apa tah kepada pengikut yang jahil dan hanya menjadi pak turut dalam agama.

Kefahaman inilah perlu dinilai,dikaji,dan dihayati oleh ahli masyarakat,janganlah menjadi pengikut yang membabi buta. Mereka menerima sahaja didikan,hukum-hukum berdasarkan -pendapat pendita-pendita(ulamak,Tok Guru) yang tidak berasal dari agama.Sebagaimana disebut oleh Allah, yang bermaksud,

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah dan juga(mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa:tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. AtTaubah:31

Marilah sama-sama kita menghayati apa yang dijelaskan oleh Al-Quran-mukjizat yang agung,
Kitab yang hidup hingga akhir zaman.Kita boleh mengambil banyak pengajaran daripadanya. Ramai pengkaji Al-Quran apabila Allah mendedahkan bagaimana sikap angkuh, ingkar dan buruk Firaun dan kuncu-kuncunya, kita merasakan kemurkaan Allah kepada Firaun semata-mata dan tidak berkaitan dengan kita. Tetapi, kita lupa sifat-sifat Firaun yang sombong kerana banyak ilmu, angkuh, degil, tidak mempercayai kebenaran sebenarnya terdapat dalam diri kita.

Sebenarnya, jika kita benar-benar orang beriman kepada Allah, semakin banyak ilmu di dada semakin tunduk, tawaduk, dan rendah diri kita kepada orang lain,ibarat resmi padi semakin berisi semakin tunduk.
Sebaliknya orang-orang yang beriman kepada syaitan, semakin banyak ilmu semakin bongkak, takbur,dan sombong. Dia merasakan dia seorang sahaja yang cerdik atau alim, orang lain semua bodoh atau jahil belaka .


‘Dan janganlah engkau memalingkan mukamu(kerana memandang rendah)kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong ,sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Luqman:18






Sabda Nabi s.a.w, “Tahukah kamu apa erti muflis? Jawab para sahabat, muflis menurut kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai harta. Sabda Rasulullah s.a.w, Muflis daripada umatku akan datang kelak pada hari kiamat membawa solat, puasa, dan zakat; dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, dia pernah menuduh-nuduh orang, dia pernah memakan harta orang, dia pernah membunuh orang dan dia pernah memukul orang, maka pahala kebaikannya diberikan kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum terbayar lunas kepada orangg-orang dizaliminya, maka dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke neraka.”( Riwayat Sahih Muslim)

Jadi, berhati-hatilah agar kita tidak menjadi muflis pada hari akhirat nanti.Sayang sekali ya, beramal kebaikan di dunia bertimbun-timbun pahala, tetapi kerana kita ada kepentingan tertentu bila di akhirat nanti semua menjadi ibarat fatamorgana-sia-sia segala amalan.

“Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit: sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik)itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.”An-Nahli:95


“Dan katakanlah(Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku(yang beriman) supaya mereka berkata-kata yang amat baik(kepada orang-orang yang menentang kebenaran): sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka( yang mukmin dan yang menentang): sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang amat nyata bagi manusia.” Al-Isra’:53

Ayat ini, Allah menyuruh orang-orang beriman supaya sentiasa menggunakan kata-kata yang baik dan lemah-lembut orang-orang lain, sama ada mereka orang kafir, musuh atau sesiapa sahaja. Hal ini demikian kerana kata-kata kasar dan menyinggung itu akan menimbulkan permusuhan sesama manusia. Tambahan pula, Syaitan sentiasa menghasut dan menyalakan api permusuhan. Oleh itu, kenal pasti musuh yang sebenar yang amat berbahaya itu.

”Janganlah kamu menjadi seperti golongan orang musyrik,iaitu orang –orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak, tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya(dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)” Ar-Rum:32

Jadi, sebagai saudara seagama marilah kita mencari titik-titik persamaan ,bukannya mencari jalan yang mengakibatkan kita berpecah-belah. ”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan,lalu Allah menyatukan di antara hati kamu,maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” Ali-Imran:103.
Sebenarnya, tangan-tangan ngaib sedang memerhati supaya kita bertelagah sasama sendiri. Yang menang ialah musuh-musuh yang cemburu melihat keadaan negara Malaysia yang aman,stabil, dan harmoni walaupun terdiri daripada negara berbilang kaum. Inilah kehebatan negara yang tidak ada pada negara lain.
Lupakah kita melihat keadaan negara-negara Islam yang lain, seperti Palestin,Iraq, Afghanistan, dan Pakistan. Nama sahaja negara Islam, tetapi pemimpin-pemimpin mereka mengikut telunjuk kuasa-kuasa asing.Mereka bertelagah sesama sendiri. Rakyatnya, saudara seagama sanggup berbunuhan sesama sendiri.Yang bergembira dengan keadaan itu ialah musuh-musuh kita..Negara hancur, ekonomi lumpuh,rakyat hidup melarat dan menjadi pelarian.Untuk membina negara mengambil masa ratusan tahun,tetapi untuk memusnahkannya hanya sekelip mata. Marilah sama-sama kita menghayati ajaran Al-Quran dan assunah jika benar-benar kita orang-orang yang beriman.


DISEDIAKAN OLEH :

SAHIFUL BAHARI ABD RAHMAN
PENGETUA KANAN
SMACH,MACHANG
KELANTAN
ISNIN, 8 MARCH, 2010

Wednesday, March 3, 2010

Selamat Hari Jadi

Sambutan hari jadi pengetua

TEMPAT : Dewan Wawasan SMACH

TARIKH : 17. Jan 2010

Seluruh warga SMACH mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada Tn. Pengetua (Tn.Hj. Sahiful bahari bin Ab. Rahman )

Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat selalu dan selamat sejahtera. amin


Kursus Post Graduate of Educational Leadership & Management

Pengetua SMACH mengikuti kursus Post Graduate of Educational leadership and management

TEMPAT : King College London

Tarikh : 17 May - 11 July 2009


Monday, March 1, 2010

AMANAT KPPM



Amanat Yang Berbahagia TS Dato Alimudin Md Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.



PADA : 10.00 mlm 23 Februari 2010


TEMPAT : Sekolah Alam Shah, Putrajaya.

Majlis Perjumpaan dgn Pengetua SBP & SBT.


Nota catatan ucapan


1.Beliau berasa sangat teruja berjumpa dgn Pengetua SBP dan SBT
Menjelaskan menjadi pengetua di SBP sangat besar cabarannya kerana dia perlu menjaga sekolah 24 jam.Menceritakan pengalaman beliau sbg pengetua di SBP.


2.Beliau memasuki 2 kelas sehari utk mencerap- masuk kelas turunkan diri sbg pelajar- beliau memantau p&p guru, iaitu kaedah, bahan, konsep yg diguna pakai oleh oleh guru.Pengalaman ini digunakan & dijadikan asas utk membimbing guru2.


3.Guru2 baru perlu bimbingan kerana guru2 yg bagus sentiasa bersedia utk dicerap.


4..Beliau makan tengah hari di dewan makan utk melihat kualiti makanan.Jika pengetua mkn byk, ini menunjukkan kualiti makann bagus jika dia makan sikit, menunjukkan kualiti makanan kurang.


5. Waktu petang-pengetua perlu ada di padang-hobinya joging utk menjaga kesihatan


6.Pelajar ingin melihat pengetua berminat dgn aktiviti sukan-jika pengetua aktif-mereka akan aktif
jika pengetua slow mereka pun lebih-lebih lagi menjadi slow.Pengetua perlu memberi dorongan & motivasi utk pelajar bergiat dlm aktiviti sukan & permainan.


7.Sebelah malam pula beliau juga berada di asrama. Hal yang demikian kerana pelajar sbp akan bertukar perwatakannya, kehidupan mereka selepas 11.00 mlm mula bertukar. Mereka mula menunjukkan taring, contohnya berlaku kes buli. Sikap beliau sangat pantang bila pelajar memukul pelajar lain.Jika berlaku tindakan keras akan diambil.


8.Ada kes pelajar T5 memukul T1 dia memukul utk memalukan bapanya.Kita perlu peka isu yg di luar jangkaan kita..


9..Jika ada masalah disiplin, biasanya disebabkan faktor keluarga.


10.Pihak ibu bapa perlu dimaklumkan bila berlaku masalah keluarga, tolong jangan melibatkan anak2 mereka. Masalah keluarga boleh menjejaskan pelajaran anak2 mereka. Masalah keluarga perlu diketahui oleh pengetua utk membetulkan keadaan.


11.Pengetua juga perlu meronda sampai jam 3 pagi.


12.Utk meningkatkan mutu pendidikan- inisiatif di peringkat antarabangsa perlu dibuat.Hal ini demikian kerana utk mencapai ciri2 sekolah cemerlang, usaha2 pengantarabangsaan sangat penting. Sekolah perlu ada hubungan dgn negara luar spt Singapura, N.Thai, Indonesia dll


13.Dlm era globalisasi, sekolah perlu ada hubungan melalui internet-emel-blog-facebook dll.


14 .Ada juga negara luar ingin berhubung dgn negara kita.Sekolah mereka bagus2 dan terkenal, mereka ingin mencari rakan kongsi utk share.


15. SBP perlu terlibat dlm pertandingan spt olimpiad,debat,menulis esei,menunjukkan sbp & SBT tidak sama dgn sek harian. Mereka perlu kedepan dlm semua aspek.


16.Untuk mencapai negara maju-pelajar perlu dipupuk dan dijana ilmu pengetahuan,kemahiran,kepakaran, literasi, persekitaran yg kondusif dll.


17.Mencapai pelajar holistik,iaitu content knowledge, contohnya pengetahuan Fizik pelajar mesti tinggi, ini dinilai melalui ujian/ peperiksaan.


18.Di samping kemahiran khusus(specific knowledge), pelajar perlu diasuh tentang pengetahuan lain seperti sejarah, politik, ekonomi, biodata pemimpin negara.


19.Kita tidak mahu belajar hanya bijak dlm matematik tetapi bila ditanya ttg sejarah mereka tidak tahu, jadi aktiviti seperti kuiz, menulis esei, debat, publis speaking dll perlu digalakkan.


20 Pelajar2 perlu dilatih kemahiran komunikasi, bina team work, bekerjasama melalui sukan permainan, seperti -bolasepak, hoki, netball dll. Semua kegiatan kokurikulum ada falsafahnya, iaitu ketahanan diri, nilai ketabahan, kecekalan,dll Contohnya, perlawanan bolasepak utk menang kita mesti menyerang dan score goal. Tindakan ini boleh menajamkan pemikiran pelajar.


21.Hasrat MP untuk memperkasakan kokurikulum di sekolah.


22. Peranan pengetua menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah.
Peranan pengetua melaksanakan tugas dgn penuh tanggung jawab dan penuh integriti- jangan anggap tugas kita sebagai satu bebanan
Pihak KPM melantik pengetua dlm gred tertentu. Ini bermakna tanggungjawab dan amanah kita perlu digalas. Semasa kita menjadi pengetua, segala pelaksanaan program sekolah kita buat yg terbaik dan cemerlang.


25..Pengetua perlu tunjukkan model,dsegi ketepatan masa,iaitu org pertama sampai ke sekolah & org terakhir pulang.


26..Pengetua perlu menjaga penampilan diri, seperti rambut, kasut, berpakaian, pakai kereta dll walaupun kita nampak kecil tetapi maknanya amat besar.


27.Jaga hubungan kita dgn guru dari segi tutur kata, dan gurauan senda perlu dijaga sebab -org bawahan sentiasa memerhati gelagat kita. Jgn membiarkan org pandang rendah kpd kita.


28 Pemimpin sekolah sangat perlu menjaga kesihataan-kita perlu check 6 bulan sekali( blood pressure kdgn gula,jantung, kolesterol dll).Kita jangan sayang membayar RM350 (klinik swasta)utk check masalah kesihatan tetapi kita sanggup repair kereta habis ribuan ringgit.Pengetua perlu stamina dan sihat utk memantau sekolah.


29..Pengetua perlu berfikir di luar kotak- berfikir berlainan drp org lain-


30.Perhubungan dgn komuniti sangat penting-utk meningkatkan prestasi sek. Kita boleh bekerjasama dgn agensi kesihatan, polis, NGO dll Ada pihak swasta-yg ada social responsibility.Kita boleh menggunakan kemudahn drp pihak swasta utk memberi bantuan dr segi kewangan.


31.Hubungan dgn universiti perlu ditingkatkan. Ini memberi motivasi kpd pelajar berkenaan jika program lawatan ke universiti diadakan.


32.Dasar pintu terbuka perlu dibuat kpd ibu bapa-jgn sekali tutup pagar & kunci pintu kpd org luar-ibu bapa boleh membantu krn ada dlm kalangan mereka bekerja sbg- engineer, lawyer, hakimdll kita boleh memanfaatkan mereka utk membantu sekolah.


33.Sekolah perlu ada etos (berwatak).Contohnya VI berjaya melahirkan pelajar yg berjaya, ada pasukan pancaragam sekolah telah menjuarai di peringkat dunia.SM Convent-Apabila kita baru parking kereta, ada pelajar terus dtg bertanya, boleh saya bantu, saya boleh bawa tuan ke pejabat dll. Banyak pelajar yg tidak menghormati tetamu, berat mulut,berat utk memberi senyuman,dll kita perlu buat sesuatu.


34.Kita perlu menitikberatkan student outcome ,iaitu,keberhasilan pelajar-pastikan student outcome yg dihasilkan berkualiti.Tanggungjawab kita utk melahirkan pelajar yg hebat dlm semua aspek.

35.Saranan MP utk melahirkan- negara maju yg berstatus high income nation- ciri terpenting perkara sgt penting-kreativiti & inovasi dlm bidang akademik dan kokurikulum sentiasa berfikir perkara baru.


36. Aktiviti sukan dan kokurikulum- perlu diaktifkan di semua peringkat daerah, negeri,negara.Aktiviti sukan tidak dilonggokkan pd awal tahun.Aktiviti sukan perlu dibuat selepas bulan Jun -utk melahirkan pelajar cerdas dan cergas. Aktiviti sukan mesti dibuat lepas bulan Jun.


37.MP mencadangkan KOT disambut dgn meriah dan panggil ibu bapa
38.Semua sekolah perlu menubuhkan kelab2 sukan Ini akan melibatkan lebih ramai ahli contohnya, ada pasukan sorak, ibu bapa juga boleh melibatkan diri dan merentas desa dihidupkan balik

39.Sekolah bertaraf HPS-mereka boleh mengimport juru latih luar utk meningkatkan prestasi sekolah, terutama dlm aspek kebitaraan.


40.Amalkan holistic approach dlm pentadbiran-utk memajukan sek kita perlu melibatkan semua org. Mereka akan memberi sokongan & menguatkan kita.Kita jangan bergaduh dgn PK2.Cari jalan bagaimana kita hendak menawan hati PK2 kita.Jika semua bersatu kita menjadi kuat.Jika kita berpecah kita akan lemah.


41.Harapan KPM moga usaha gigih kita menjadi realiti utk menjana negara melahirkan pelajar bersifat holistik. Terdapat 10,000 buah di negara ini sek tuan puan dipilih antara sekolah yg terbaik. Semua bergtg kpd peranan pengetua. Kita perlu bekerja keras utk mencapai matlamat kita.Pihak kerajaan sangat berbangga dgn tuan2 dan puan2.
Wassalam.




Selamat maju jaya


Disediakan oleh
Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua SMS Machang. 4.00 ptg 24.2.2010


Tuesday, February 24, 2009

Sistem Rumah SBPI Batu Rakit


Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan, di Batu Rakit.

Hari Terbuka Asrama SMACH

Arkib gambar lengkap sila klik di sini

Hari Asrama Terbuka

Sek. Men Sains Machang telah mengadakan hari asrama terbuka pada 20 Februari 2009.Program di mulakan dengan majlis perasmian oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Sahiful Bahari b. Abd. Rahman di Halt Stand asrama pada pukul 9.00 pagi.Selepas perasmian, guru -guru, ibu-bapa dan para pelajar bergerak untuk melawat dorm- dorm di asrama.Waktu lawatan ialah dari pukul 9.30 - 6.00 petang.

Sempena hari asrama terbuka ini, pertandingan dorm cantik dan jualan oleh para pelajar tingkatan 5 juga diadakan.

Kehadiran guru - guru dan tetamu ke dorm di sambut dengan hidangan pelbagai juadah makanan

Lawatan Ke Pulau Gaya


Lawatan Ke SMK Sanzac

Lawatan ke SMK Sanzac Kota Kinabalu, Sabah

Klik di sini untuk lihat arkib lengkap gambar-gambar lawatan

Bersama Pengarah Pelajaran Kelantan


Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ab. Rahman (Kanan).

Bersama Pengarah SBP Sekolah Kluster


Bersama Pn. Ashah bt Samah, Pengarah SBP Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia

Barisan Pentadbir SMACH


Barisan Pentadbir Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)

Thursday, July 24, 2008

PTK DG 52

Gambar-gambar semasa Kursus PTK DG52 bertempat di Hotel Dynesty Kuala
Lumpur pada 5 hingga 12 Julai 2008. Anjuran bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Yayasan Guru Malaysia.

Wednesday, June 11, 2008

Leadership Enhancement And Wellness Programme Second Series 2008 - AIB

Gambar-gambar di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 20 - 23
Mei 2008 sempena Leadership Enhancement And Wellness Programme Second
Series 2008 - AIB

Leadership Enhancement And Wellness Programme Second Series 2008 - AIB

Dari kiri , En. Ahmad Masrizal, Dr. Sazali Yusof (IAB) Dr. Md. Yusof Md
Nor (Pengurus) , Y Bhg Dato Alimuddin Md Dom (Ketua Pengarah Kementerian
Pelajaran Malaysia), Sahiful Bahari Abd. Rahman (Pengetua SMK Berangan)
dan Dr. Khair Md Yusof ( Pengarah AIB).

Bergambar sempena Leadership Enhancement And Wellness Programme Second
Series 2008 , Kementerian Pelajaran Malaysia . Bertempat di Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands, pada 20 - 23 Mei 2008